Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Wednesday 20 April 2011

Main Kejar-kejar

Tadikan, tengah jaga kedaikan, tiba-tibakan, kitakan, main kejar-kejar....

Muhahaha... Aiisyah2.... Seriouslah sikit kerja tu..... Bekerja pun nak main lagi..... Ish... Ish... Ish....

Oklah.... Gara-gara dua ekor kucing yang mencuri masuk ke dalam kedai tu, terpaksa menghalau kucing-kucing tersebut....... Masalahnya, kucing jenis yang tak takut dengan manusia... Bila kita dekat dengan dia, bukan nak lari keluar, tapi, duduk diam-diam je.... So, kita ambillah kayu... Konon-konon nak halau kucing tu keluar.... Memanglah kucing tu lari... Tapi dia bukan lari keluar... Dia pergi lari masuk ke dalam... Terpaksalah mengejar kucing tersebut keluar... Huhuhu... Ingatkan nak biarkan je... Tapi, ada pelanggan yang takutkan kucing... Diaorang menjerit-jerit cuba nak menjauhkan diri daripada kucing tersebut... So, dengan keberanian yang ada, saya terpaksalah menggunakan tangan saya ni dan mengangkat kucing tersebut keluar.... Grrrrr.... Banyak kali jugalah kucing tu masuk... Last-last, dia faham juga... Akhirnya, dah tak masuk dalam kedai lagi...

Maybe hujan... So, kucing tu nak cari tempat berlindung kot??

Hujan + Guruh

 Hujan


+

Guruh

=

Tidur


Hehehe.... Tengah jaga kedai sekarang ni... Tapi, tadi hujan and guruh.... Pastu takde orang kat kedai ni.... Pastu laptop tak boleh nak buka sebab ada guruh...... Pastu konon-kononnya nak baca buku... Last-last tertidur..... /wahaha

Assignment 2 UBM : Sunnah Nabi di dalam Hidup kita.

NAK JOIN KLIK SINI

Salam semua ahli UBM. Pihak kami tidak menyangka penyertaan yang banyak utk assignment pertama minggu lepas. Apa pon minggu yang lepas sudah berlalu. Pihak kami ingin memberikan assignment seterusnya yang lebih kepada Islamik kali ini. Sekali sekala nak jugak kami lihat respon blogger tentang hal2 sebegini kan? Ok mari teruskan.

Sunnah Nabi.

  • Nyatakan 3 sunnah Nabi yang anda tahu. Huraikan dengan lengkap apakah kebaikan sunnah2 tersebut terhadap pengamalnya.


Seperti yang kita tahu sunnah2 nabi memberikan manfaat kepada pengamalnya. Apa yang kami mahu kita dapat berkongsi satu maklumat yang diluar dugaan. Kebaikan disebalik sunnah tersebut. fakta2 yang membuatkan kita semua "wow!"

syarat2 Entri ini :

  • Linkkan ke entri assignment ini
  • Letak banner assignment di atas.
  • Yang tidak membuat assignment 1 juga boleh turut serta sebab #kamisemuasama
  • tarikh tutup khamis 11.59 pm
  • Letakkan link entri anda di ruangan komen entri ini.


Kami akan menilai dari segi huraian anda. Entri perkongsian ini bukanlah sekadar Copy paste. Pastikan huraian melalui kajian anda menarik dan mudah difamahi. Jangan gopoh membuat assignment ya!
Entri yang terbaik akan diumumkan. Selamat mencuba semua. Sambil berblog kita beramal.

3 Sunnah Nabi yang saya tahu :

1) Selalu mengamalkan puasa sunat
Dari Aisyah, Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Saya tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. menyempurnakan puasa satu bulan cukup kecuali bulan Ramadhan dan saya juga tidak melihat Baginda s.a.w. berpuasa pada bulan lain lebih banyak dari bulan Syaaban" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
 Hadis di atas menunjukkan, Rasulullah tidak hanya berpuasa pada bulan Ramadhan sahaja.... Walaupun bulan Ramadhan satu-satunya bulan yang wajib berpuasa sebulan, baginda tetap berpuasa di bulan yang lain terutamanya bulan Syaaban.

Sebagai umat Islam... Kita patut mengikuti sunnah Rasulullah... Perbanyakan puasa sunat pada bulan Rejab dan Syabaan

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah s.w.t. Sya'aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku" (Riwayat Abu Al-Fatah bin Abu Al-Fawaris)
Apakah kebaikan terhadap pengamalnya?? Puasa merupakan perkara yang menahan diri kita daripada makan dan minum, dan juga perkara-perkara yang boleh membatalakn puasa... Puasa pada bulan Syabaan ni boleh melatih diri kita untuk berpuasa pada bulan Ramadhan.... Puasa juga dapat menyihatkan tubuh badan.... Sistem penghadaman kita dapat berehat daripada bekerja sebab kita makan tiap-tiap hari... :)

2)Bersedakah dan mengeratkan silaturrahim

Sedekah bermaksud pemberian sesuatu barang yang kita sayang kepada orang lain dengan ikhlas. Kita hendaklah sentiasa mengamalkan sifat bersedekah. Contohnya, apabila kita sedang memasak di dapur, kita boleh masak lebih untuk diberikan kepada jiran tetangga. Dengan sedekah, kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.

Bersedekah dan mengeratkan silaturrahim, ALLAH akan melnjutkan usia kita

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesungguhnya dari sedekah dan silaturrahim itu Allah s.w.t. akan menambah dengan keduanya itu lanjut umur dan menolak dengan keduanya kematian yang tidak baik dan dihindarkan dengan keduanya semua yang tidak sesuai dan dikhuatirkan" (Riwayat Abu Ya'la dari Anas r.a.)

3)Kahwin :)

Mesti semua orang tahu kebaikan sunnah Rasulullah tentang kahwin. Kahwin dapat mengelakkan kita daripada melakukan maksiat. Dosa besar yang boleh terjadi bila kita tak kahwin, zina boleh berlaku. Dari sinilah, dosa-dosa lain akan berlaku. Contohnya, pembuangan anak. Pembunuhan anak. Ingatlah, sesiapa yang membunuh anak kecil yang tidak berdosa, di akhirat kelak, anak tersebut akan mengadu kepada ALLAH tentang kelakuan mak ayah mereka. Nerakalah tempat mereka. Ya ALLAH, jauhkanlah kami dari siksaan api neraka... Amin.

Perkahwinan ni juga dapat melahirkan zuriat yang salih dan salihah. Yang akan meneruskan perjuangan Nabi Muhammad. Yang juga akan menghidupkan sunnah Rasulullah. InsyaALLAH

Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku". 

Saudara seIslamku semua, marilah kita bersama mengamalkan sunnah baginda... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...