Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Friday 31 August 2012

Merdeka! Oh, I'm Officially 20


Hee~ So, apa kaitannya merdeka dgn saya 20 ni? 20 apa sebenarnya? 20 tahun.. Hee~ Eh, tapi birthday awak bukan dah lepas ke? Bukan bulan 4 haritu ke? 6 April kan birthday awak? Harini 31 Ogos.. Tipu ye?

Hahaha.. Mana ada tipu.. Betul, harini birthday saya.. And Alhamdulillah, I'm already 20 :-P
Jangan xtahu, birthday saya 2 kali dalam setahun.. Hahaha..

6April1993=13Syawal1413
31Ogos2012=13Syawal1433

Hah! Harini kan 13 Syawal.. So, birthday sayalah.. Hehehe...
Happy 20!

Dan...
SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA YANG KE-55
Alhamdulillah

roseskalerfu says:
Tarikh Hijrah pun kena ingat juga.. Jangan ingat tarikh Masihi je ;-)

Tuesday 28 August 2012

Segmen : " Hanif Idrus Segmen Menerjah"

Join? Klik gambar

Katanya boleh tulis apa2 yang patut..

Jom join segmen ni

Segmen terjah-menerjah..

Nanti korang terjah blog saya pastu saya terjah blog korang

Join ramai2 mesti best

Dapat terjah banyak2 orang

Haha

Tarikh tutup:
30 September 2012

Tag (2):

Betul-betul, Tinggal Lagi Seminggu

Pejam-celik, pejam celik, sebenarnya, 7 hari tu berjalan dengan sangat pantas.... Tak tahu apa nak kata.. Tak tahu apa yang nak dirasa.. Sedih? Siapa yang xsedih bila kena tinggalkan rumah.. Tinggalkan family.. Huhu.. Gembira? Pun ada juga sebab dapat jumpa kawan2..Dah 4 bulan dah xjumpa.. So, next week insyaALLAH dapt jumpa... Takut? Hah, ni pun rasa gak... Nak masuk degree first year.. Huhu, baru first time ni nak degree.. Xtahu macam mana keadaannya nanti... Perasaan takut tu, sama je macam kita rasa time nak masuk asasi lepas habis SPM.. Bila dah habis sekolah, nak masuk U, rasa takut gaklah.. Tapi, Alhamdulillah, berjaya habiskan asasi selama setahun.. Dan lepas ni, nak masuk degree pula.. InsyaALLAH 4 tahun... Next week, dah start belajar balik.. 7 hari lagi... 4 September 2012 daftar kat UIA.. Huhuhu.. InsyaALLAH, saya boleh!

Monday 27 August 2012

Moga Kau Mengerti dan Tak Secantik Husna

Ini maslahnya bila ada blog... Nak buat entry mesti malas... Kadang2, bila rajin idea xde.. Tapi, bila idea mencurah-curah, penyakit M tiba2 nak datang pula.. Yup, peyakit malaslah tu.. Sebab tu kadang2 xberupdate blog ni... Nak kata sibuk, kita ni bukannya budak sekolah yang dah start sekolah harini, bukannya pekerja yang dah mula bekerja harini, dan bukan juga pelajar U yang kelasnya start harini... Saya ni cuma penanam anggur yang hanya menunggu masa untuk anggur berbuah... Oh, mungkin itu juga sebab blog xberupdate.. Sebab nak tunggu anggur yang xberbuah-buah...

Oh, no! Apa yang Aiisyah merepek ni? Abaikan intro entry ni.. Intro? Intro ke tu? Xkisahlah... Xde kaiatan pun dengan tajuk di atas.. Melalut je lebih... Dah2, jangan buang masa... Nak tulis entry ni...

Wah! Tajuk kali ni, macam best je.. 'Moga Kau Mengerti'.. Hehe.. Dan, 'Tak Secantik Husna'.. Fuyyoh! Siapa yang xsecantik Husna tu? Hehehe...

Sebenarnya, dua-dua ni hanyalah tajuk novel je.. Novel yang saya dah berjaya habiskan beberapa hari yang lepas... Hebat tak? Dapat habiskan dua novel? Ceh, padahal malas nak taip bila satu novel tu dah habis.. Nah, ambil kau, kena tulis dua novel sekali gus sebab dua-dua dah habis baca..

Novel pertama: Moga Kau Mengerti (Lily Haslina Nasir)

Perpisahan membuatkan Adeena Adalia sengsara menanggung rindu. Semakin disish nama dan wajah Kamali dari ingatan, semakin memanggil-manggil kerinduan di jiwa. Sepuluh tahun berlalu, dia tidak pernah berputus asa menanti agar dipertemukan dengan lelaki itu.

Melayari lautan kehidupan yang sesekali bergelora mempertemukannya dengan Dr. Adib yang nyata kasihnya sebening air dari pergunungan. Dia cuba memujuk diri menerima huluran cinta itu. Namun, setiap ceruk hatinya hanya menyebut nama Kamali.

Kehadiran e-mel daripda Wani membuka jalan untuk Adeena menghubungi Kamali semula. Biarpun di persimpangan yang amat mengelirukan, hatinya memilih jejaka yang dikenali sejak di bangku sekolah. Sihir cinta yang dirasai amat luar biasa. Tetapi syurga yang dicari bersama Kamali rupa-rupanya neraka yang tiada penghujung. Cinta lelaki itu tidak mengharum di jiwa.

Abang...
Adakah aku yang khayalkan kasih sayangmu
Hingga aku tertanya-tanya siapa yang lebih luhur setia
Tapi  kau lukakan hati ini hingga kecewa
Aku derita setelah menyanjung cintamu

Adeena masih tidak berhenti berdoa, masih mengharap agar Kamali mengerti. Cinta bukan untuk dipersenda. Namun, bercahayakah hati setelah dihancurluluhkan?

p/s: Apa yang Kamali buat pada Adeena?

Novel kedua: Tak Secantik Husna (Ainul Hazrah)


Luqman Hariez disuruh memilih salah seorang daripada tujuh cucu perempuan mak tok untuk dijadikan isteri, sementelah hatinya masih kosong. Malangnya, dia cuma diberi masa seminggu untuk mengenali hati budi mereka. Semua ini dilakukan demi menghormati permintaan opah dan mak tok.

Sejak mula lagi, Hariez dapat merasakan bahawa Husna, gadis yang paling cantik dan lemah lembut, seakan-akan sudah mengisi ruang di hatinya. Pada masa yang sama, dia turut terpaut pada Tija, cucu perempuan bongsu mak tok yang bersifat keanak-anakan, namun hatinya penuh dengan kasih sayang dan keceriaan.

Bila masanya tiba, Hariez telah memilih salah seorang daripada mereka berdua. Namun pilihannya telah mendapat tentangan hebat. Bagi Hariez, itulah pilihan yang paling tepat dan dia tidak mahu berganjak lagi daripada keputusannya.

Dapatkah Hariez dan pilihannya disatukan? Mampukah perkenalan yang singkat menghidupkan suasana yang indah dalam rumah tangganya?

"Cinta datang sendiri, ia satu anugerah dan aku tak perlukan sebab untuk mencintainya. Setiap kali aku pandang wajahnya, aku tahu itulah wajah kesayanganku. Aku cuma mencari kasih sayang di situ, mencari sesuatu yang membuatkan aku rasa bahagia..." - Luqman Hariez

p/s: Siapa pilihan Luqman Hariez?

roseskalerful says:
1. Dah nak habis cuti
2. Along dah nak balik US

Friday 24 August 2012

Gambar & Cerita Raya 2012

Entry yang ke-101 untuk tahun 2012 ni, biarlah special sikit.. Finally, saya nak cerita pasal Raya 2012.. Eh, ada ke orang nak baca? Ada ke orang nak tahu pasal kisah raya kita? Yela, kita ni bukannya artis atau retis yang smpai orang nak tahu pasal raya kita kan? Xkisahlah.. Apa2 pun, ni blog saya, and saya tetap nak tulis kat blog ni.. Kalau xde orang nak baca pun, mungkin 10 tahun akan datang, saya akan baca balikkan cerita raya 2012 saya? :-P

Sebelum merepek panjang2, kita tengok dulu gambar raya 2012.. Lepas dah habis tengok, baru kita cerita pula, ok? X ok pun kena ok gak.. Muhahahaha











Cukuplah kan 10 gambar? Buat apa nak byk2.. Yang selebihnya, biarlah jadi simpanan sahaja... Hohoho

Nak tahu cerita raya 2012 saya? Ok, tarik nafas panjang2 dulu, lepas tu, hembus perlahan-lahan.. Ok, dah? Ready? Jom baca..

Mula-mula kita kena bagitahu apa yang specialnya raya tahun ni... Kenalah bagitahu sebab every year, raya aidilfitri mesti ada, dan setiap tahun, ada special momentnya yang tersendiri.. For me, this raya sanagat2 special sebab keluarga kami cukup berkumpul 7 orang.. Mama, papa, along, angah, me, Ali, and Jah.. Sebelum ni? Tahun sebelum2 ni just raya 6 orang je.. 3 tahun berturut-turut.. Since tahun 2009-2011, along xde nak beraya bersama kami.. Sebabnya, my big bro ni, study dekat US, so, dia beraya kat US jela dengan pak arab kat sana.. Hehe.. But for this year, Alhamdulillah.. Along dapat beraya dengan kitaorang... Tahun ni along balik seminggu selepas raya.. And insyaALLAH, next year pun along dapat beraya lagi dengan kitaorang sebab tahun ni along dah tahun terakhir.. So, insyaALLAH bulan 5 next year dia habis...

Hah, istimewa tak raya 2012 saya? Istimewakan? Hehe... Tahun ni, sama je macam tiap2 tahun.. Raya first pergi kampung papa.. Lepas tu balik rumah.. Raya ke-2 balik kampung mama.. Lepas tu beraya rumah saudara-mara belah mama.. Belah papa pula, kitaorang semua dah jumpa kat kampung.. So, xdelah jalan jauh2 nak pergi rumah diaorang.. Hehe.. Sama je macam tahun2 lepas.. Tapi next year, maybe xpergi kot rumah saudara-mara yang jauh2 tu sebab ali next year tingkatan lima.. Nak SPM lah maknanya..

roseskalerful says:
Puas hati dapat cerita pasal raya 2012.. Lepas ni boleh buat entry berkaitan benda lain pula!

Thursday 23 August 2012

Broga World

Di saat semua orang saling menziarahi pada hariraya ke-5 ni, saya and family kepenatan mendaki Bukit Broga... Mendaki dengan perut yang kosong, serious, saya cakap, amat menyeksakan... Saya dah alaminya.. So, sebelum korang nak mendaki mana2 bukit or gunung, make sure korang makan sikit dulu... Jangan makan banyak pula.. Takut termuntah, pun susah juga...

Bukit Broga, just 1.7 KM, tapi kepenatannya, fuh! Macam naik Gunung Kinabalu (ok, tipu) xpernah pun naik Gunung Kinabalu sebenarnya.. Hehe

Xnak cerita panjang2.. Jom tengok keadaan kami selepas mendaki Bukit Broga


Keadaan bila dah berada di tempat tinggi.. Sebenarnya papa plan nak keluar after Subuh.. Konon2 nak tengok matahari terbit... Tapi, semua org susah nak bangun and bersiap, pukul 7.30baru keluar dari rumah and pukul 8 lebih baru start mendaki.. That's why xdapat nak tengok matahari terbit.. Huhuhu



Ni belum sampai puncak lagi.. Tapi kepenatan dia, fuhhhh! Penat! Tapi that's for melah.. For my siblings diaorang dari naik sampai turun sentiasa je bertenaga.. Entahla.. Maybe everyday diaorang ni suka berjogging.. Sebab tu energy byk.. Bukan macam saya yang jarang2 exercise.. Tengok, bila sekali nak jungle trekking, terus dah semput.. Huhuhuhu








Ok, yang ni dah sampai di puncak Bukit Broga.. Ada yang ke'happy'an and ada pula yang kepenatan.... Padahal 1.7 Km je.. Yela, kita boleh cakap dekat je.. Tapi bila dah kawasan berbukit, pastu curam pula tu, jadilah jauh.. Adalah sejam juga kitaorang nak naik.. Pastu nak turun lagi.. Kaki memang dah menggigil.. But for my brothers and my adik, entahlah.. Diaorang still boleh berlari and berlumba... Haha.. Saya pula, dah nak berhenti separuh jalan.. Tapi atas desakan my family, saya pun berjaya sampai ke puncak! Yay!

roseskalerful says:

Orang dah cerita pasal raya dah.. Kita ni belum lagi.. Nak tunggu cerita dah basi kot baru nak update cerita raya kita.. Huhuhu... Sabar jela..

Wednesday 22 August 2012

#7 Wordless Wednesday


roseskalerful says:

Cerita raya? Nanti-nantilah saya tulis.. InsyaALLAH by next week akan teupdate cerita raya saya.. Sekarang tengah sibuk makan ketupat rendang dan kuih muih.. Hehehe :-D

Saturday 18 August 2012

Hari Raya Menjelang Tiba

Alhamdulillah... Dah dengar pengumuman raya pukul 8 malam tadi.. So, confirmlah kita rayaa esok.. Jom takbir banyak2.. Semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan yang akan datang, amin... Walaupun Ramadhan sudah berlalu, moga2 amalan yang kita buat time Ramadhan akan berterusan.. Contohnya macam bacaan alquran, sedeqah, ataupun tahajud.. #PeringatanUntukDiriSendiri juga sebenarnya :-P

Saya tahu, before habis Ramadhan lagi, ramai blogger yang dah wish hari raya.. Tapi, saya nak wish harini.. Yela, harini baru confirm raya.. Hehe.. So, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

credit gambar: SINI

Selamat hari raya buat semua.. Minta maaf jika ada yang terasa dengan penulisan saya.. Huhuhuhu.. Maaf ye?

roseskalerful says:
Takbir raya sudah kedengaran,
Petanda menjelangnya Aidilfitri,
Salah silap mohon dimaafkan,
Selamat hari raya aidilfitri.
*sorry kalau pantun xbest, pantun ciptaan sendiri :-P 

Friday 17 August 2012

1 Hari 1 Resepi: Puding Cendol

Sebenarnya, dah lama dah saya bercita-cita nak buat puding cendol ni.. Selalu buka website yang ada resepi dan selalu cari resepi puding cendol ni... Tapi, xpernah pun nak buat.. Huhu.. Tapi bila dah ada buku resepi 1 hari 1 resepi ni, rajin pula kita nak try buat :-P



Inilah hasilnya puding cendol saya yang hampir habis.. Hehe

Puding Cendol

Bahan-bahan

10 gram serbuk agar-agar
1 liter air (5 cawan)
1 cawan gula halus
1 cawan susu cair
2 cawan cendol
1 cawan gula merah

Cara Membuat

1. Masakkan serbuk agar-agar, gula, dan air sehingga mendidih.
2. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian.
3. Panaskan 1/3 bahagian dan masukkan gula merah
4. Kacau rata dan biarkan mendidih. Kemudian tapiskan
5. Masukkan ke dalam acuan dan biarkan sehingga hampir keras.
6. Panaskan 2/3 bahagian lagi dan masukkan susu cair dan cendol.
7. Kacau rata dan tuangkan perlahan-lahan dengan sudu ke atas adunan gula merah dan sejukkan.
8. Sedia dihidangkan.

Mudah kan? Selamat mencuba kalau ada yang nak try :-D

credit: Buku resepi 1 hari 1 resepi Chef Hanieliza

roseskalerful says:
Sambil memasak kita berzikir. InsyaALLAH makanan menjadi berkat. Yang penting sedap untuk dimakan seisi keluarga!

Wednesday 15 August 2012

Lagu Raya Sudah Kedengaran



"Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa" - Suasana di hari raya

"Suatu hari di hari raya" - Suatu hari di hari raya

"Restu ayah bonda, ku harap selalu" - Dari jauh ku pohon ampun maaf

Hah, dah nak raya dah kan? Tahun ni rasa sekejap je puasa.. Huhuhu.. Harini pun dah 26 Ramadhan.. Maknanya lagi tiga hari je lagi kita nak menyambut hari raya Aidilfitri...

Bila raya semakin hampir, lagu2 ni yang selalu kita dengar kan? Dekat radio ke, dekat tv ke, dekat shopping mall ke.. Lagu raya akan sentiasa kedengaran... Bila dengar je lagu raya, memberi makna pada kita yang raya dah nak dekat dan puasa bulan Ramadhan pun dah hampir sampai ke penghujungnya...

Sedihkan nak tinggalkan Ramadhan? Eh, ke Ramadhan yang tinggalkan kita? Xkisahla.. Yang pasti next year Ramadhan pasti ada lagi.. Tapi kita? Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki untuk meraikan Ramadhan yang akan datang.. Amin...

Dalam bersedih meninggalkan Ramadhan... Kenalah rasa happy gak sebab nak raya kan? Yela, raya bermaksud kemenangan umat Islam dalam peperangan Badar masa zaman Rasulullah dulu... Siapa x happykan bila Islam menang?

Dalam berhappy tu, jangan berlebih-lebihan sangat... Kena ikut juga perintah Allah dan meninggalkan larangannya... Mudah-mudahan kita akan menjadi orang yang lebih baik lagi selepas Ramadhan kali ini.. InsyaALLAH...

Menjelang hari raya ni, part yang paling best ialah berkumpulnya ahli keluarga dan sanak saudara.. Dahlah susah nak jumpa bila hari2 biasa, tapi bila hari raya, semua balik kampung jumpa atuk nenek pakcik makcik cousins dan saudara mara yang lain..

Hmmm, apa lagi nak tulis berkaitan dengan raya ni? Oh, nasihat saya, janganlah main mercun.... Xnaklah sedih2 hari raya ni sebab kena beraya kat hospitalkan? Putus jarilah, hilang tanganlah... Jagalah diri masing2 dan ingatlah orang yang tersayang..

Oklah.. Setakat ni dululah... Minggu ni and minggu depan maybe akan jarang update blog.. Maklumlah, nak kemas2 rumah2, nak buat kuih raya.. Pastu nak balik kampung, nak pergi open house.. Hehe.. Korang pula macam mana? Bila hari raya, apa yang paling best? Share2 lah sikit..

Sunday 12 August 2012

Yay! Dapat 1000 Komen

Ala, orang lain dah berpuluh-puluh ribu xkisah, awak tu baru je 1000, nak kisah pula..


Xpelah.. Saya tetap rasa seronok.. Dah lama dah sebenarnya saya tunggu jumlah komen blog saya ni mencecah 1000... Alhamdulillah, hari ni berjaya... Terima kasih kepada anda yang rajin komen my blog ni.. Anda memang best! Ni mereka-mereka yg rajin komen dekat blog biasa2 saya ni...


Rajin-rajinlah lagi komen my blog, ye.. Thanks korang

Saya berasa sangat happy bila ada yang mengomen my entry :-P


Editing my Facebook


Masa untuk saya editing my facebook.. Hah? Edit facebook? Macam mana tu? Unlike page yang like dan unfriend friends.. Huhuhu... Terpaksa.. Banyak sangat sampai saya pun pening... Daripada 700++ page yg saya like, sekarang tinggal 200++ je..

Yang friends pula daripada 800++ sekarang dah jadi 600++ je.. Tu pun maybe akan berkurang lagi... Sorrylah kepada kawan2 yang saya ter unfriend tu.. Bukannya apa.. Banyak sgt kat news feed tu.. Bukannya saya baca semua pun.. Saya Unfriend yg xkenal dan yg xrapat or xtegur... So, deletelah semua huuhuhu.. Sorry ye..

Friends request pun, xterkira dah byknya... Paling byk letak nama pelik2.. Pastu xde gambar sendiri.. Macam mana nak kenal? Sebab tu biarkan je.. Xaccept pun..

Like my facebook fanpage dekat sini
*tiba2.. Xde ending pun entry ni.. Haha..*

Thursday 9 August 2012

1 Hari 1 Resepi: Puding Sekelip Mata




Yumm2... Sedap tak? Hehe

Tengok gambar pun boleh tahu ke sedap atau x?

Kalau nak tahu, bolehlah try buat..

Senang je.. Dessert berbuka saya semalam

Puding Sekelip Mata

Bahan-bahan

1 mangkuk kecil puding mangga
20 biji agar-agar sumi
1 tin susu cair (400 mililiter)
1 liter jus oren (di dalam kotak)
2 cawan yogurt perisa mangga

Cara membuat

1. Keluarkan puding mangga dan agar-agar sumi dari bekasnya.
2. Susunkan dalam mangkuk hidang.
3. Di dalam mangkuk lain, campurkan susu cair, yogurt, dan jus oren. Kacau rata.
4. Tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi puding dan agar-agar.
5. Sejuk dan hidangkan.

Mudahkan? Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa

credit: buku 1 hari 1 resepi. 365 resepi istimewa Chef Hanieliza

Wednesday 8 August 2012

Sesaat Kau Datang

ehem2...

"Sesaat kau datang...
Sesaat kau hilang...
Kemunculan dirimu penuh misteri..." - Sesaat kau datang (Ramlah Ram ft Sleeq)

Ceh, nak menyanyi pula petang2 ni.. Hehehe... Bukanlah, bukan nak menyanyi pun.. Saja je.... Tapi, kalau korang nak nyanyi, nyanyilah.. Aiman xkisah, saya pun xkisah...

Sebenarnya nak cerita pasal novel lagi... Novel yang baru habis dibaca last week (baru? macam dah lama je habis) haha.. xkisahlah.. Nak taip gak... Novel apa?

Saat Kau Hadir - Laila Kamilia


Bibit-bibit cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya.

Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilangkan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan.

Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.

Resam hidup, dugaan akan sentiasa datang menguji ketabahan dan keimanan setiap insan. Tahun berganti tahun... Amri kembali menuntut haknya setelah Eliana dibiar sendirian melalui trauma. Eliana keliru. Kerana Amri, dia hampir gila. Kerana Amri juga, dia hampir menemui ajalnya!

Perlukah dia setia dengan janji semalam yang telah berlalu pergi atau berpaut pada harapan esok yang belum pasti?

Tuesday 7 August 2012

It's New

Sesiapa yang selalu singgah my blog ni, mesti nampak ada perbezaan kan? Saya tukar benda tu semalam.. Hehehe.. Tiba2 rasa nak tukar, so, edit2 lah gambar dan itulah hasilnya.. Cantik tak? Lawa tak? Ke yang lama punya lagi lawa? Apa pendapat korang?

Ramai yang tertanya-tanya "Apa benda yang tukar?" Haha.. My header bloglah... Cuba check betul2... Dah lainkan? Sekarang jadi macam ni


Kalau dulu macam mana? Dulu macam ni


Lebih kurang je kan sebenarnya? Dua-dua ada gambar bunga ros yang warna-warni.. Cuma yang baru besar yang lama tu kecil.. Saja je nak besarkan ros tu sebab my blogkan roseskalerful yang membawa maksud ros warna-warni.. So, nampaklah sikit colourful roses tu... Entah dah berpa kali saya tukar header dekat blog saya ni.. Nantikan, kalau ada masa and rajin, saya nak buat satu entry yang cuma ada header blog saya.. Daripada yang lama sampai sekarang.. Kita tengok berapa kali kita tukar header blog ni..

Korang suka yang mana? Yang baru or lama?

Monday 6 August 2012

Anda Tetap Juara, Dato Lee Chong Wei!

Malam semalam merupakan permainan badminton yang paling best! Berdebar-debar je tengok.. Perasaan tu,macam kita pula yang main... So close yet so far... Yelah, Dah menghampiri kemenangan, last2 kalah gak.. Perlawanan badminton olympic 2012 malam tadi antara Dato Lee Chong Wei vs Lin Dan


Chong Wei terpaksa akur dengan kekalahannya 21-15,10-21,19-21.. Terus-teranglah, bagi saya, walaupun kalah, Chong Wei tetap juara.. Kita boleh tengok perlawanan malam tadi.. Saya yakin ramai rakyat Malaysia yang tengok.. Xkisahlah korang kat London ke, kat Malaysiake, kat negara lain ke, korang mesti dapat tengok... So, siapa yang tengok, mesti tahu cara permainan diaorang.. Yup, mereka berdua sama-sama hebat sama-sama power... Tapi dah jadi adat pertandingan, walaupun sama hebat macam mana sekalipun, mesti ada yang menang, mesti ada yang kalah.. So, tahniah buat Lin Dan kerana menang..

Buat Lee Chong Wei, you did the best, and forever you are the best! Beliau minta maaf kepada rakyat Malaysia kerana mengecewakan rakyat Malaysia sebab xdapat emas? Hakikat sebenarnya, kami bangga.. Kerana anda dah main bersungguh-sungguh.. So, xperlu nak rasa sedih.. We will always support you!! Anda orang pertama yang menyumbangkan pingat buat Malaysia.. So, be proud :-)

Saturday 4 August 2012

Segmen Lokman : Saya Blogger Dari ....

Segmen Lokman : Saya Blogger Dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak


sila klik infinity jika mahu join ini segmen

Tarikh tutup: 19/8/2012

Friday 3 August 2012

Ending Lain Dejavu Di Kinabalu


Semalam baru je cerita pasal Dejavu Di Kinabalu di entry ini... Hari ini cerita lagi.. Orang pun naik bosan.. Haha.. xkisahlah, nak tulis gak...

Entry yang lepas, pasal cerita ni, saya ada mention Bazli bersama Nadira kan? Lepas tu ending dengan Ammar boleh tengok kat tonton.com.my.. Yup, saya dah tengok dah ending Nadira with Ammar... Not badlah.. Kedua-dua ending pun ok.. Tapi saya lagi prefer ending with Bazli sebab lagi best... Hehehe.. Apa2 pun, thumbs up for Dejavu Di Kinabalu

#5 Tazkirah Jumaat

Thursday 2 August 2012

Dejavu Di Kinabalu

#TeamBazli atau #TeamAmmar ? Siapa pilihan korang?

Hehehe.. Tadi sempat juga saya tengok episode last Dejavu di Kinabalu ni.. Cerita ni saya tengok minggu last je.. Yelah, nak tengok siapa pemenang undian antara Ammar or Bazli


Siapa follow cerita ni? Siapa yang follow cerita ni and selalu tengok iklan tv3, mesti tahu pasal undian ni kan? Siapa pilihan Nadira (Tiz Zaqyah).. Ammar (Aqasha) or Bazli (Nazim Othman).. Kena hantar SMS sama ada kita nak pilih A (Ammar) atau B (Bazli)..

So, tadi dah terjawab persoalannya.. Saya suka ending cerita ni.. Saya memang nak Bazli pun menjadi pilihan Nadira.. Hehe.. Akhirnya, Bazlilah pemenangnya.. So, tadi dapatlah tengok Nadira kahwin dengan Bazli..

Dengar cerita, kalau nak tengok ending Nadira dengan Ammar, boleh tengok kat tonton... Betul ke? Entahlah, saya pun xcheck lagi.. Nantilah saya check.. Ni dah malam, nak tidur :-P

Dejavu di Kinabalu ni, macam Twilight pulakan.. #TeamEdward or #TeamJacob... Siapa Edward, siapa Jacob? Korang tentukanlah sendiri :-P

1 Hari 1 Resepi: Puding Roti Karamel

Buka puasa semalam juadahnya merupakan makanan yang istimewa.. Semalam, tukang mask junior yang buat dessert tau.. Hehehe.. Saya ni jarang masak, tapi semalam saya masak and family saya makan dessert yang saya buat.. Kata mereka, sedap :-P

Puding Roti Karamel



Korang nak try buat ke? Sedap! Meh sini saya bagi resepi

Bahan A (karamel)
1/2 cawan gula
1/2 cawan air

Bahan B (Puding)
10 keping roti (dikoyakkan)
1 tin susu cair (400 mililiter)
1 cawan air
1 tin air buah pic (di dalam tin)
2 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
2 sudu makan tepung kastard
Buah pic (sebagai hiasan)

Cara membuat
1. Masakkan gula di dalam kuali tidak lekat.
2. Apabila gula kekuningan, masukkan air dan kacau sehingga gula larut dan mendidih.
3. Tuangkan karamel ke dalam lonyang. Ketepikan.
4. Kemudian gaul rata semua bahan B di dalam mangkuk besar.
5. Panaskan kukusan sehingga mendidih.
6. Masukkan bancuhan ke dalam lonyang yang ada karamel tadi.
7. Kukuskan selama 30-40 minit. (saya punya siap 1 jam)
8. Sejuk dan terbalikkan perlahan-lahan kedalam pinggan besar.
9. Susunkan buah pic. Sedia dihidangkan.

Yay! Thanks to buku resepi 1 hari 1 resepi. 365 resepi istimewa chef hanieliza

Saya nak kongsi satu tip kat korang ni. Tip from my mother. Kalau nak masakan kita sedap and dapat pujian,  masa kita masak tu, sebut Ya Hamid.. InsyaALLAH, sedaplah makanan kita tu :-D

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...