Selamat Datang!

Jumlah Orang Datang

Sunday 8 July 2012

Hati Kala Cinta

Dapat lagi habis baca satu novel. pukul12.30 a.m tadi habis baca :-P

Cerita ni, sampai ke ending pun masalah xhabis... Ada je perempuan yang nak ganggu rumah tangga orang lain... Banyak betul masalah kat dalam cerita ni..

Tajuk: Hati Kala Cinta
Penulis: Hani Fazuha


Mereka rapat kerana berjiran, tetapi rencah hidup mereka adalah pertengkaran. Kata Zhafran, Lya itu perempuan brutal yang sepatutnya menjadi lelaki, namun tersalah dilahirkansebagai perempuan. Kata Lya pula, Zhafran itu macam Hitler, suka memaksa orang mengikut katanya.

Kemunculan Nurin menarik perhatian Zhafran, tetapi hati Lya pula tiba-tiba jadi penasaran. Entah sejak bila, ada rasa cinta bertapak dalam hatinya. Namun, semua sudah terlewat kerana Zhafran telah memilih Nurin sebagai suri hidupnya.

Saat yang sama, Hareez pula datang bertandang dan kehadiran lelaki kacak berlagak sombong itu menjengkelkan hati Lya. Kali pertama bertemu, dia tahu ada sebuah kebencian di dalam sepasang mata milik Hareez.

Tetapi, apa akan jadi jika kebencian Hareez itu tiba-tiba bertukar menjadi sebaliknya? Apa pula yang akan berlaku bila Zhafran mula sedar yang dia sebenarnya mencintai Lya? Paling rumit, Lya harus memilih satu antara mereka dan perlu tinggal sebumbung di dalam sebuah keluarga.

Kadangkala kuasa memilih  bukan di tangan kita, tetapi kita tidak seharusnya menyerah kalah saat takdir menetapkan pilihannya.

'Kalaulah aku punya berkeping-keping hati, akan kurelakan yang satu itu pergi mengikut Zhafran tanpa perlu kembali lagi' - Lya



*Kalau nak pinjam buku ni, bolehlahke GNZ BOOK RENTALS di Bangi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...